Noor Asmadi Bin Saad atau lebih dikenali sebagai Asmadi berasal dari Negeri Perlis Indera Kayangan dan dilahirkan pada tahun 1975. Anak kelahiran Negeri Perlis ini sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah terbaik di Malaysia dalam pengurusan acara dan korporat dimasa depan bermula sekarang. Beliau merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik, dan mula menceburkan diri dalam bidang pengurusan ketika masih menuntut lagi kerana minatnya yang mendalam kepada pengurusan acara ini. Pendidikan awalan bermula disebuah sekolah cina di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang dan seterusnya bersama keluarga berpindah ke Negeri Perlis. Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar sebelum berpindah bersama keluarga ke kampung sekarang dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Chuping, Perlis sehingga Darjah Enam. Disebabkan keputusan Penilaian Darjah Lima ketika itu yang memberangsangkan, beliau telah memasuki Sekola...